BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 13 April 2009

MOVIE: JANGAN TEGUR





Weekend program..

Kebiasaannya hari Ahad,lebih prefer untuk duduk dekat rumah. Ntah apa minta adik ngan bf dia ajak g tengok movie.Memang dah lama aku ngan bf x kuar sesama .apatah lagu mau tengok movie..

Pagi² lagi, kat sini ujan lebat. Dari pagi sampai tengahari.Ujan turun x henti²..aku igtkan diorang dah cancel program nk g tengok wayang ni.hahaha..
Rupa² nya andaianya aku merosok.diorang still nk g gak.huh..Nak x Nak kena la bersiap utk g tengok movie.

Adik aku nani,pilih lokasi.aku ikut jer.Diorang nak gak pergi PAVILION tu.Memang la kat sana ade GSC.Tp jalan nk g sana..MAk ai!! sesak beb.Aku amik keputusan utk g naik teksi je laa..

Sampai jer kat PAVILION, terus g tengok tiket.ermmm...Nasib baik ade member BF aku yg keja kat GSC tu... X payah nk beratur..hahha..akHirnya, dapat gak tiket.

Movie "JANGAN TEGUR"

Tayangan kul 5:30ptg.Kalo ikut dah lewat petang.Tp nk wat camner..hahha..Nak kena gak jaga hati orang tersayang..

JANGAN TEGUR ini, Sebuah Filem arahan Piere Andre dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang popular. (Almy Nadia, Ellie Suriati, Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Pierre Andre).

Jangan Tegur mengisahkan Natasya yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. dalam koma, dia telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri menyebabkan dia sering diganggu dengan mimpi aneh.Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama dan mampu melihat benda halus. Kejadian itu menambah kerungsingan suami Natasya, Kamal yang tidak mempercayai benda-benda ghaib sehinggalah dia melihatnya sendiri pelbagai kejadian menggerunkan.






Antara slot² dalam movie JANGAN TEGUR.

Aku rasa kali ini , Filem ni bole di katakan Seram la gak..apa yang menarik perhatian semua yg menonton,aku rasa sounds effect dia..Kuat gila.Memang menggerukan.Kalo Nak tengokkan berdasarkan cerita,xder la seram pun.Mungkin Sound yg digunakan menarik Penonton utk melihat movie ni..

Ranting Bintang:

Tentang FILEM : 4/5 Bintang. (Seramnya Nak sama dengan cerita seram lain)

Tentang PELAKON: 5/5 Bintang utk Nadia yg memegang watak BAIZURA.Memang REAL laa beb!!Caya la sama lu..

Tentang Effect: 5/5 Bintang.Memang sound dia POWER.Buat terkejut org je..


Sape yg blum pergi tengok movie ni..Dipersilakan la..Support la skit FILEM Malaysia. Jangan Sampai TEkencing lak nanti..KHIKHI....


TERima KAsih.



0 ulasan: