BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 28 Mac 2010

Terima Kasih Kepada yang Datang menziarah abah

Hari ini baru aku berkesempatan untuk membebel kat blog aku ni..hahhaaa....
Actually, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg datang menziarah ayah aku kat hospital ni..Kalau nk ikutkan semua aku nk senarai kt sini..Yg tak henti2 datang melawat abah aku..Terharu gak aku, bila ada gak yg memberi sumbangan...Time ni laa aku leh meleleh air mata...

1st sekali, aku mengucapkan terima kasih sgt kepada ayahngah Rawang sekeluarga.. Hampir setiap minggu datang menziarah abah aku..dari Rawang turun KL..Agak jauh tu..Aku xtau macam mane nk balas..Maksu aku & keluarga.. Adik abah aku yg bongsu..Walau macam mane bz pun, dia tetap menziarah abah aku..leh dikatakan setiap sabtu & ahad laa, maksu aku datang...Cikyah,CikNah,Ayah E & keluarga sebelah abah.Yg datang menziarah abah serta memberi sumbangan..AKu xtau nk balas macam mane..Hanya Tuhan saja dapat mebalasnyaa...

Then, aku nk ucapkan ribuan terima kasih kat keluarga sebelah mama aku.. Tokwan , dari kelantan datang KL semata-mata mendengar abah aku dimasukkan ke hospital..ayahngah Pahang aku & keluarga juga sempat menziarah abah aku...Dan ramai laa lagi keluarga mama aku..Kalo di senaraikan x abis 1 blog ni...kihkhik....

Aku menerima kunjungan dari Dato Yusuf Hamid (NADI) & Dato Zainol Abidin (KASTAM)..Terima kasih ku ucapkan atas sumbangan yg diberikan & sudi menziarah abah aku..

Akhir sekali aku nk ucap terima kasih tak terhingga pada KAWAN-KAWAN ku yg sudi melawat abah ku kat hospital ni...

Kalo ada yg aku x sebut nama tu, aku minta maaf..terlalu ramai yg datang ke hospital ni sejak abah aku di masukkan ke hospital ....

Dah masuk Sebulan Abah Di Bilik ISO

Agak lama x menconteng kat sini..Huh!! agak bz menguruskan hal kerja & family....Arini aku berpeluang utk meluahkan perasaan aku kat sini...Skang aku berada di hkl..apa lagi temani abah aku ni laa...

Nak mula dgn apa erk..Dah masuk Tiga bulan Abah berada di hospital..Dah ramai yg datang melawat..Terharu gak lak...xsangka..huhuhu....Hampir setiap hari, aku akan ke hospital..Walau bz macam mane pun, aku tetap g tgk abah..tu laa rutin aku sekarang ni..

Abah masih berada di Bilik ISO..Dikurantin..Biasa laa..xnak ada jangkitan kuman..Syukur Al-hamdulillah.Luka abah semakin kering..xlama lagi, luka tu akan di jahit..Bila dah jahit...abah insyallah leh keluar..WAA...xsabar aku rasa...Menunggu saat tu...

Setiap ari aku berdoa & terus berdoa agar abah cepat sembuh & boleh keluar hospital....Aku nk abah mulakan hidup baru dgn gembira...

Khamis, 18 Mac 2010

Dah masuk 2 minggu abah di bilik ISO

Pada mulanya aku risau..Kenapa mesti diletakkan abah ku dibilik ISO...Bila dapat keterangan dari Doctor yang merawat abah saya, baru laa saya paham...
abah diletakkan di bilik ISO untuk diberi rawatan rapi & bagi mengelakkan dari jangkitan kuman..
Sekarang ni, Abah dah boleh bangun & duduk di kerusi roda..Syukur Alhamdulillah ...Ini hasil dari jagaan adikku yg bongsu...Nak x nak, adik paksa abah bangun dan berjalan..Sekurang-kurangnya 15-20 minit sehari.....

Rabu, 10 Mac 2010

Tahniah kpd adik Ku kerana terpilih Menjadi Pelajar Tebaik

Sungguh x Sangka... Kami sekeluarga menerima panggilan telefon dari pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai..Adik bongsu aku Terpilih sebagai Graduan Terbaik untuk Majlis Konvokesyen ke 10 Politeknik Seberang Perai..

So, Nak di jadikan cerita..Arini Pihak Pengurusan PSP datang ke rumah untuk Menemu ramah Adik dan keluarga ku.Tapi yang agak sedih,abah tidak berkesempatan bersama...

Orang yang paling bangga sudah tentu kedua ibu bapa ku...Sesi rakaman diadakan hampir 2jam di rumah kami....

Abah Selamat OD tengah hari tadi

Abah masuk bilik pembedahan dalam pukul 10:30 pagi tadi...Prosesnya dalam 4 jam..Abah selamat keluar dari bilik OD dalam pukul 1 sengah petang..Syukur Alhamdulillah...

LEpas je waktu keja aku terus ke hospital..sampai je hospital, abah lena tido..Dalam setengah jam macam tu..badan abah macam demam..aku cepat2 bagitau nurse yg bertugas..abah diberi makan 2 biji panadok...

Abah masih xder selera makan..Abah just minta milo dan buah sajer....

Harap2 abah xder apa2..Insyaallah

Selasa, 9 Mac 2010

Maklumat Terkini: Abah x jadi operation Malam ni

Aku baru dapat panggilan dari mama..Abah xjadi masuk bilik bedah malam ni..Ya Allah, kesian abah ku..Seharian x makan..Kena puasa.Lastly x jadi nk wat lak..Ish...Sabar jer laaaa...

Abah akan start PUASA malam ni plak.Jam 11 Malam..So, skang abah dah boleh makan..Perut abah dah gastrik jadinya...Nak marah kat management hospital..saper la aku ni yer...

Harap abah makan kenyang2..lepas kul 11 dah nk kena puasa..Doc mao wat operation esok pagi..

abah masuk OD mlm ni

abah dh semakin sihat dan selera mkn pun dh ada...Cuma abah dh mula rasa lenguh seluruh badan...Kesian aku tengok.Maklumla..mungkin abah xbanyak gerak....

Dalam pukul 9pagi tadi abah dah kena puasa..Kata doktor, ptg ni nk bersihkan luka dan buang kesan jahitan di kaki tu..Aku baru tau petang td,itu mama baru bagi tau...

aku sampai pukul 6ptg tadi, abah masih berada di katil.Masya'allah..abah x masuk lagi..abah dah rasa lapar..waaa..sedih lak..doctor x benarkan abah makan mkn..sebb jap lagi nk wat operation....
Aku rasa serba salah,aku xdapat nk tunggu abah hingga ke bilik bedah..kami adik beradik dah kena halau...

aku adik beradik hanya mampu tunggu di rumah..segala info akan di sms oleh mama aku..
Semoga abah masuk bilik pembedahan dengan tenang & segalanya berjalan lancar..AMin

Ahad, 7 Mac 2010

Seharian di hospital

Waktu rehat bukan lagi utk enjoy..Tiada lagi utk bersuka ria bersama kawan2..Aku banyak abiskan waktu cuti aku bersama abah dihospital...Keluarga adalah segala-galanya....

Sampai jer dihospital..1st skali aku akan tanya dia..tentang kesihatan dia arini..Lepas tu baru laa aku akan mula kan operasi aku, utk bersihkan diri abah...huhuu...

sekarang ni, aku rehat jap..abah lena buat seketika..skang yg buat aku risau sedikit..abah ku x leh nk buang air besar..Kesian lak aku tengok abah..berusaha menerang, tp xmao gak keluar....pihak hospital dah bekalkan ubat ..tp masih x leh gak....

Aku berharap sangat abah aku leh buang air besar dengan normall

Sabtu, 6 Mac 2010

Aku Demam arini

Macam mane leh demam ni..aku nk jaga abah kat hospital..badan panas, selsema x henti2..Ya Allah,Kuatkan semangat aku, Berikan kesihatan yang baik utk aku..Semoaga aku boleh menjaga abah ku...Amin...

Keadaan Abah makin baik..Cuma malam td abah sakit..Pihak Hospital lambat bertindak..Di minta ubat tahan sakit,Diorang wat macam cam x endah jer..Rasa macam nk lempang..hahha..Sabar2....

Arini, aku tengok abah ok jer..Cuma selera makan masih kurang..Aku paksa gak makan..Nk bg cepat sembuh...Seharian aku di hospital...Ramai gak datang menziarah abah..Petang td, abah dah leh masuk wad kelas kedua..Selesa skit..xbising ..

Time melawat dah tamat...Tiba masa utk aku balik...Waaa.sedihlak nk tinggalkan abah dgn mak..Harap2 malam ni, abah lena tido..

Khamis, 4 Mac 2010

Syukur Alhamdulillah..

Abah keluar dari wad pembedahan agak lewat..Hampir 6 jam berada di bilik operation..Syukur alhamdulillah ..Lega bila dapat panggilan dari mak..Mak yg x putus asa memberi semangat kat abah...

Pagi ni baru aku berpeluang utk tengok abah..aku tukar giliran dengan mama aku...Sampai jer tadi..terkejut aku tengok abah..Wayar oksigen berselerat kat bdn abah..abah masih diberi oksigen...Lega rasanya abah dah mula nk makan...

Ya Allah, aku bersyukur pada Mu, apa yang dikatakan oleh Doktor pakar pagi amat memgembirakan aku...Rupanya malam tadi, peha abah xperlu dipotong..pada awalnya ada jangkitan kuman..tp bila sampai dalam bilik operation, kuman tiada..YA ALLAH..aku benar2 terkejut...

Buat masa sekarang, abah perlu diberi jagaan rapi..Insyallah lepas ni abah akan mula berlatih utk bangun dan berjalan....

Rabu, 3 Mac 2010

Abah Masuk Bilik Pembedahan

Hari ini aku kelam kabut skit..Masuk opis, Kena bergegas ke hospital.Abah akan masuk bilik operation pagi tu gak..

Sampai jer kat abah..abah x boleh lagi masuk wad.Kandungan gula abah x stabil..mula2 12, pastu 7.8 pastu 3.4..waaaa..Sedih aku tengok abah..last sekali jam 5 petang, check kandungan sekali lagi.. 4.8...Baru leh di masukkan dalam bilik pembedahan...

tepat jam 5:30 petang...Abah Selamat Masuk bilik pembedahan...berdebar2 hati aku ni...Aku hanya mampu berdoa & berserah pada yg maha esa ..aku tawakal banyak...

Semoga abah keluar dari bilik pembedahan dengan selamat...

skang 9:25malam..Masih menunggu abah keluar dr wad pembedahan dengan selamat

Selasa, 2 Mac 2010

Esok ada operation lagi

Ya Allah satu Lagi dugaan aku terimaa..Aku redha..aku berharap , aku boleh terima dengan tenang..
Esok pagi,insyallah abah akan masuk bilik pembedahan lagi...Semoga ia berjalan lancar & selamat.Amin..

Kronologi tentang Penderitaan abah (PART 1)

Pertengahan bulan 12, abah aku demam teruk..kaki yg luka di tapak kaki abah,makin teruk dan berbau..abah aku ni ade history KENCING MANIS...So, biasa la..luka akan lambat sembuh...Pada mulanya tapak kaki abah hanya melecet akibat pakai kasut terlalu lama...

Abah dikejarkan ke hospital KL utk terima rawatan..Hampir Seminggu Abah berada di wad..Selepas luka makin sembuh, abah dibenarkan pulang...

Tak sampai seminggu , abah aku terpaksa dimasukkan kehospital kembali..kalo x silap aku 28 disember...Luka di tapak kaki abah berbau..Abah di letakkan di wad ortho...aku dah mula risau..kaki abah makin teruk....hampir seminggu di wad orth, doctor pakar sarankan utk potong kaki...Bertapa hampa dan sedih aku dah keluarga...Abah minta discharge kuar dr hkl...

abah ingin wat cara footcare...aku ngan mama aku, berusah utk selamatkan kaki abah ku..Tiada siapa mao salah satu anggota dia hilang..Aku di perkenalkan satu produk hemopati...So, aku berikhtiar utk selamatkan abah...Minggu pertama menerima rawatan di situ, ada banyak perubahan...
Masuk minggu kedua,Pakar disitu saran abah aku tinggal disitu utk buat treatment yg rapi..genap seminggu, abah langsung xleh bangun..kandungan gula dalam badan xstabil..abah aku lemah....Sedih aku tengok abah masa tu..abah meraung sakit...Hanya air mata mengalir menahan sakit..Aku langsung xleh tgk abah masa tu.......Pakar di sity sarankan aku tuk hantar abah ke hospital segera....


(nanti AKU Sambung lagi yer)