BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 22 Oktober 2009

Rindukan mereka ini



Menggila lama xjumpa diorang..mane diorang menghilang erk??bz sangat ker? or aku yang bz sampai xder masa ngan diorang ni...

Rabu, 21 Oktober 2009

Majlis Persandingan Wena & Syaiful

Lokasi : Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis II






Majlis Pernikahan Wena & Syaiful

Lokasi : Masjid Al-Zakaria Batu 8, Gombak

Hari: Sabtu
Tarikh : 17 Oktober 2009

Sudah menjadi milik orang laa kawan aku ni..So Sweet laa kawan aku ni..hehehe..Mesti best kan kawin ni..Bila la my turn ni..

Selepas sah menjadi Suami Isteri..Saje je aku kaco diorang ni jap..Time ni laa aku amik peluang utk bergambar dgn pasangan baru ni..


Cam sedondon lak kami ni kan??






Tahniah My lovely Friend..


Rabu, 14 Oktober 2009

Wajah² Romantik Sehati Berdansa 3



Petikan dari Aksi Murai

Salam untuk semua..Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kan berentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.

Mereka yang terpilih adalah :


Calon pilihan PERTAMA aku kali ini ia Sazzy Falak dengan pasangan Nazril Idrus.


Sazzy Fa
lak & Nazril Idrus

Aku suka dengan calon Favourite Ke dua aku ni. Wanita yang banyak mulut dan sentiasa ceria.. Sape lagi kalau buka Anita Baharom dengan suaminya Ismadi Ismail.


Anita Baharom & Ismadi Ismail

Pasangan Paling Romantik Tahun ni..Menjadi Calon Favourite aku yg Ketiga...Xsabar untuk menyaksikan kehebatan pasangan Isma &Zul


Isma & Zul

Betul² x ku sangka..Enot Pelawak Wanita No 1 pun akan berentap kali ni..Mesti Gempak punyaa..


Enot & Zainul



Dira & Ash



Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin



Osh
in& Firdaus Shukor



Syed Hussein & Noor Diyana



Didie & Isham Ismail

Jangan lupa untuk Menyaksikan program Sehati Berdansa Musim 3 di Astro Ria..

Rabu, 7 Oktober 2009

KESIHATAN: SENGUGUT


FAKTA DARI : PORTAL ALAM HAMIL


Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.



Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.

Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.