BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label KERJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERJA. Papar semua catatan

Isnin, 9 November 2009

RIndunya nk menulis di blog...

Salam..
dah lama rasa nya x mengupdate blog ni.Bulan November adalah Bulan Bz dgn Kerja2...huhuh..PEning laa gak ... hampir 3 minggu menjalani INDUKSI utk di sahkan jawatan ...Dalam tempoh itu aku akan alami 3 Exam besar...

Dalam bulan ni..Aku hanya tumpukan pada benda ini jer laa...Satunya aku nk sangat Disahkan Jawatan aku sebelum tahun depan dan teringin nk rasa kenaikan gaji..khikhi.....
Bila dah sah jawatan nanti..aku akan terus berusaha utk tingkatkan prestasi aku....Aku teringin gak nk jadi bos..khihkhi......

Aku akan start mengupdate blog ni penghujung bulan November...Pada kawan yg tersenarai dalam blog aku ni..aku minta maaf sebb dah lama x singgah blog korang..Tapi xper ...aku hutang ngan korang..aku akan singgah bila aku tul2 free...ok..

ok laaa..aku nk study skit...esok aku exam...

Salam

Sabtu, 4 Julai 2009

DEMAM

Start dari hari kamis lagi..badan aku dah mula lemah..aku igtkan sakit kepala biasa je..sebbnya every month akan alaminya..Tapi, kali ni paling kritikal...aku Batuk xbehenti2...sakit tul tekak kali ni...



Jumaat Pagi...Aku masuk opis cam biasa...Badan aku dah mula start Panas..DEMAM?? argh!! xsuka..bukan setakat demam..SELSEMA, BATUK...Abis 1 badan aku sakit...



Lepas je breakfast..aku terus g klinik DBKL, yg ada kat bawah opis aku tu..Satu kelebihan kite kalau bekerja di goverment ni kan/??khikhikhikhi...Cam biasa laa..aku jumpa dgn doc kesayangan DBKL...Dia bgtau aku, aku Demam teruk ni...Samada berehat kat rumah, ataupun masuk wad..aku pilih utk rehat di rumah sahaja...Doc tu bagi aku MC laa a..So, aku dapat laa berehat di rumah.....

Aku banyak abiskan masa di rumah je..bosan nya...ari2 kena makan ubat..tp, masih x ok lagi..waaa....MANA DIA?? kerja laaa....huhuhu....mungkin xsempat jumpa aku lagi..xper laa..aku tau..dia kerja...KALO XKEJA, MANE NK ada DUIT kan?
huh..

AKu arap sgt hujung minggu ni, dia datang rumah..

Jumaat, 26 Jun 2009

MOBILITY SEMINAR 2009 AT LE MERIDIEN HOTEL



KHAMIS : aku mengikuti Team teknnikal ke SEMINAR MOBILITY 2009 yang dianjulkan oleh pihak DELL dengan kerjasama Windows Vista dan CELCOM MOBILES TOOLS..

Seminar ni berlangsung di Le Meridien Kuala Lumpur yg bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga tengah hari...Kami disediakan dengan menu pagi yg memang menyelerakan...hurm......

Kali ini DELL memperkenalkan Netbook baru nya LATITUDE 2100 Netbook...Yang sesuai utk org golongan koporat...memang semart...kecil..bergaya....Aku memang terpegun dengan netbook terbaru kali ini.....

Seminar kali ini memang besst..Cuma x sehebat tahun² lalu laaa......Yg tetap maintain adalah menu Makanan tengah hari...khikhiki....


Terima kasih DELL...Banyak GIFT yang aku terima dari DELL....

Isnin, 22 Jun 2009

Sepanjang Hari di Jabatan Kesihatan

18 JUN 2009 : Aku terpilih utk menyertai KURSUS PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS DALAM SETIAP RUMAH ( 1ST Aider In Every Home). Program bermula jam 8:30 pagi di Klinik kesihatan Cheras..

Objektif program ini diadakan adalah melatih sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga dalam setiap rumah yang dapat mengendalikan pertolongan cemas malah peserta akan dapat pengetahuan mengenai pertolongan cemas..Selain itu dapat bertindak dengan betul ketika menghadapi situasi kecemasan di persekitaran rumah dan dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kes morbiditi da mortaliti dari berlaku.

Aku di beri kefahaman mengnai fungsu sebenar Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia...Maknanya, bukan mudah utk mengendalikan pesakit dalam kecemasan ....Antara yg aku dapat belajar ialah
  • Renjatan & Keracunan yg dikendalikan oleh Puan Aini
  • Teori Terbakar & Melecur ( perkara yg kerap berlaku di rumah)
  • Patah & Tercekik yang dikendalikan oleh Puan Manjut Kaur.(amat excited mendengar)
  • Praktikal Patah & Tercekik.
  • Pemulihan Jantung & Pernafasan CPR
Sehari suntuk aku berada di sana.Banyak ilmu aku telah dapat dan dipelajari. Ucapan Ribuan Terima Kasih Kepada Jabatan Kesihatan DBKL dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Gambar sekitar kursus berlangsung:

kecederaan yg melibatan anggota kepala

berpeluang mengendali persakit yang tecekik

cara menggunakan kain anduh utk membalut tangan yg patah sebelum di bawa ke hospital

Kecederan yg melibatkan kaki.

cara² membalut luka tercucuk benda tajam


CPR


Akhirnya, saya lulus dalam kursus kali ini..Sy telah diiktiraf..Sijil ini milik aku.......



Utk maklumat: Org umum berperluang utk mengikuti Kursus ini secara PERCUMA. Layari Laman web rasmi DBKL di http://www.dbkl.gov.my





Khamis, 18 Jun 2009

SEKITAR AGM KOPERASI DBKL

17 JUN 2009. Kali pertama aku menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan yg ke 51 Koperasi Pegawai² DBKL. Tak sangka aku salah sorang yg dapat mengundi time ni...Kenangan yg paling best...Pagi tu, aku excited utk pergi pengundi....Elaun yg diberi kepada pengundi amat laa lumayan..Salah satu sebab kenapa akau bersungguh utk ke sana.. Proses mengundi berlangsung di Dewan Taman Tasik Titiwangsa..

Jom kite tengok Pictures sekitar mesyuarat agung tersebut..







Isnin, 15 Jun 2009

JUMAAT : PUTRAJAYA



JUMAAT Lepas: Nama aku terpilih untuk pergi ke PUTRAJAYA pagi tu.. So, aku pun merelakan diri ku utk ke sana..Sedangkan KEK kawin kawan aku ni, perlu di ambil tengahari tu gak..Kelam kabut laa aku..saper lak nak tolong aku pas kan kek kawin kawan aku ni...Sampai jer kat Putrajaya..Aku relaks skit..Maklum la, aku ada jemputan ke PROGRAM BICARA ROHANI PERDANA.. Program ni diadakan di Dewan Melati KOMPLEKS PERBANDARAN PUTRAJAYA..Kat situ dia dah sediakan Minum PAgi tuk semua tetamu yg datang....


Berbalik pada kek kawin tu,, kawan aku tu dah otw nk datang amik kat opis..Puas aku pk , siapa la yg leh tolong aku... Ting*...cam kartun lak...Baru aku teringat kawan opis aku sorang ni..Camner laa aku leh lupa ko Mieza...khikhiki..Akhirnya dia laa penyelamat aku...arghh!! Lega rasanya kek tu akhirnya sampai ke tangan Tuannya....



Bicara Rohani Perdana..



PANEL JEMPUTAN : ENCIK MOHD AMRI



Baru laa tenang jiwa aku tuk dengar Ceramah ni... Sebenarnya aku pun xtau apa tajuk sebenarnya.. Sampai je dalam dewan tu baru aku tau..khikhikhi.. HALALAL TOYIBA.. Bole dikatakan kusyuk laa aku mendengar nya sampai abis...Mana x nya..Bab permakanan..Yg melibatkan halal haram ni...uish!! kalo ikutkan dah macam was² jer nk makan...Xkan kita nk tanam sendiri sayur-sayuran,bela ayam sendiri...khihkhihi



Kusyuk tul kawan2 kuh membincangkan Konsep HALALAL TOYIBA


Ceramah tu abis dalam pukul 12:30tengahari..Bagi menghormati kaum ADAM utk pergi Sembahyang JUMAAT..Apa lagi KaUM HAWA seperti aku ni,, dah alang² sampai ke PUTRAJAYA ni, Aku Singgah laa ALAMANDA..khikhikhi...Dapat aku cuci mata sebelum driver bus tu abis sembahayang jumaat....

Dalam pukul 3:30ptg.aku sampai depan opis...argghh!!! ada kerja perlu disiapkan....