BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 22 Jun 2009

Sepanjang Hari di Jabatan Kesihatan

18 JUN 2009 : Aku terpilih utk menyertai KURSUS PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS DALAM SETIAP RUMAH ( 1ST Aider In Every Home). Program bermula jam 8:30 pagi di Klinik kesihatan Cheras..

Objektif program ini diadakan adalah melatih sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga dalam setiap rumah yang dapat mengendalikan pertolongan cemas malah peserta akan dapat pengetahuan mengenai pertolongan cemas..Selain itu dapat bertindak dengan betul ketika menghadapi situasi kecemasan di persekitaran rumah dan dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kes morbiditi da mortaliti dari berlaku.

Aku di beri kefahaman mengnai fungsu sebenar Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia...Maknanya, bukan mudah utk mengendalikan pesakit dalam kecemasan ....Antara yg aku dapat belajar ialah
  • Renjatan & Keracunan yg dikendalikan oleh Puan Aini
  • Teori Terbakar & Melecur ( perkara yg kerap berlaku di rumah)
  • Patah & Tercekik yang dikendalikan oleh Puan Manjut Kaur.(amat excited mendengar)
  • Praktikal Patah & Tercekik.
  • Pemulihan Jantung & Pernafasan CPR
Sehari suntuk aku berada di sana.Banyak ilmu aku telah dapat dan dipelajari. Ucapan Ribuan Terima Kasih Kepada Jabatan Kesihatan DBKL dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Gambar sekitar kursus berlangsung:

kecederaan yg melibatan anggota kepala

berpeluang mengendali persakit yang tecekik

cara menggunakan kain anduh utk membalut tangan yg patah sebelum di bawa ke hospital

Kecederan yg melibatkan kaki.

cara² membalut luka tercucuk benda tajam


CPR


Akhirnya, saya lulus dalam kursus kali ini..Sy telah diiktiraf..Sijil ini milik aku.......



Utk maklumat: Org umum berperluang utk mengikuti Kursus ini secara PERCUMA. Layari Laman web rasmi DBKL di http://www.dbkl.gov.my





0 ulasan: