Farrah Fawcett meninggal dunia

Farrah Fawcett, Kate Jackson, and Jaclyn Smith (in a bikini) as they pose with palms together for the television program 'Charlie's Angels,' mid 1977. Photo: HULTON ARCHIVE/GETTY
LOS ANGELES: Aktres yang terkenal menerusi siri Charlie's Angels, Farrah Fawcett meninggal dunia pada usia 62 tahun kerana barah, semalam, kata jurucakapnya.
Beliau mulanya dikesan menghidap barah dubur lewat 2006. Majalah People melaporkan aktres itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Kesihatan St John’s, Santa Monica, California pada 9.28 pagi waktu tempatan.
Beliau adalah kekasih pelakon yang terkenal menerusi filem Love Story, Ryan O'Neal.
Fawcett meninggalkan seorang anak lelaki, Redmond, 24, yang ketika ini menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah. Anak lelakinya sempat bercakap dengan Fawcett di telefon sebelum ibunya meninggal. - Agensi
BERITA HARIAN
0 ulasan:
Catat Ulasan