BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label MOVIE TERBARU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOVIE TERBARU. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Oktober 2010

.MOVIE TIME.

Harini aku berkesempatan tuk tgk movie..hahaha..memang x di rancang..agaknya bosan di rumah..Si dia ajak aku tuk tonton movie..

aku memilih lokasi KLCC..uish!! ramai tuk org dTg KLCC..ntah ape yg menarik pun..FULL parking tu..hangin satu badan..khkikhkihi..
Lokasi yg di tuju dah sampai..agak pelik, x ramai pun org nk tonton movie arini...Rupanya, xde movie yg menarik pun kat sini..

Last, aku pilih tuk tengok movie PIRAHNA..memang best movie ni.Tapi, ikan pirana ni xreal arr..ikan macam kartun...memang gerun laa tgk ikan pirana ni.banyak gila tu...sekelip mata je, dia bole hapuskan manusia..huhu...memang happening...

Terima kasih Tuk si dia coz blanja tgk movie arini..nak pujuk arr tu..khihhikhi..apa2 pun aku happy arini...walaupun demam..aku tetap tersenyum..

Isnin, 10 Ogos 2009

MOVIE 2009 : SETEM

Pelakon Utama :Rashidi Ishak,Bront Palarae,Vanidah Imran,Que Haidar,Afdlin Shauki

Direktor: Khabir Bhatia

khabir bhatia? Dia seorang pengarah yg makin popular wat masa sekarang.Kalo x silap aku lah Filem² dia sepert CINTA, LOVE, SEPi?

FILEM pengarah Terkenal ni byk melibatkan perasaan seseorang manusia itu sendiri dah mainan music yg memang menyentuh perasaaan.

Filem Setem mengisahkan sekeping setem custom made yg dipanggil ‘Barring Setem’. Setem ni dibuat oleh gabenor melaka taun 1847 iaitu Lord Arthur Barring.

Masa berlalu, smpai la ke taun 2008… penyambung warisan Authur, Charles Barring IV buat kenyataan akhbar kt A’Famosa n buat pameran brg2 warisan keluarga dia. Nak di jadi kan cerita cucu Authur amik semula n simpan setem yg kene buang tu. Since setem tu sangat bernilai, so ramai la yg plan nk curik setem tu.Antaranya ialah Sid & Joe, yg dipaksa oleh pak ramli sbb terhutang budi, ketua kumpulan ah long bernama Piranha Lim, dan Vellu, driver pengawal keselamatan yg akan bwk setem tu. Diorang ni semua nk kaya cepat...

So, apa yg aku dapat dalam movie kali ni, Bukan mudah utk kita jadi kaya tanpa USaha..So, kalo korang nk duit.Kena la kERJA..Bukan MENCURI..

khikhikhi...


Aku bagi 4 bintang utk SETEM ni.

Menarik:

  • Ikan pirahna yg dibela along..
  • org buta yg dilakon oleh Que.Xsangka org buta leh bawak kereta..khikhihi...
  • PTI yg memng penakut.dah tau takut xder permit.xyah laa datang Malaysia.
  • Kasih sayang antara Vee ngan adiknya Que serta Vellu dan abgnya Sathia.
  • Filem ni melibatkan pelbagai kaum.Memang 1 MALAYSIA
Xberapa Best:
  • Mula cerita gak bosan.. Setem pun nk rebut!!
  • xsesuai Shani pakai baju camtu....eeee....

Selasa, 23 Jun 2009

Movie: Terminator Salvation

Terminator Salvation

Masa dok syok tengok konsert indie band..Kami bercadang nk tengok movie....so Dia Pilih cite Terminator..dalam movie sky net telah pun takluk bumi...semua dikuasa oleh robot..Mula2 cite ni agak bosan....Tp layan jer arrr...yg syoknya,hero dalam cite ni ensem tau..Pastu , aku suka kat sorang budak negro ni...ccam bodo2 alang..tp bijak tau...lag satu, aku suka ciptaan robot2 nyaaa


Cite ni kira best laaa..sebenarnya aku x brape suka tengok aksi ganas2 ni...

muka baru lepas tengok movie...khikhikhi....










Khamis, 21 Mei 2009

MOVIE : X MEN ORIGINS - Wolverine

X MEN ORIGINS - Wolverine

Nak dijadikan cerita, Wednesday kan ladies night.So Kak Chombie aku nk ajak la g tengok Movie..
Katanya nya Xmen. waaa... xtolak laa peluang kali ni..aku sebenarnya dah lama rancang nk tgk XMen ni.. Bz memanjang..tu x g lagi..

So Semalam aku join la kak chombie aku ni. Cam biasa laa, dia bawak Baby G' dia laa...Kebetulan lak Kak Amy ngan datin nk join skali.. Makin ramai laa...khikhikhi...
Benda x dirancang..HAppening gak laaa.....

Movie start 9:45 malam..argh!!! masuk² dalam panggung aku dah x senang dudukk..Sejuk yg teramat...naik beku aku...khkhikhikhi...kalo ada partner leh tolong panas kan... ops!! Terlebih sudah..

Antara Barisan pelakon movie Hugh Jackman, Liev Schreiber, Ryan Reynolds, Taylor Kitsch, Will.i.am, Danny Huston, Dominic Monaghan, Daniel Henney, Lynn Collins

Watak yg dipegang oleh Hugh Jackman aka Logan aka Jimmy Aka Wolverine yg mempunyai kuasa die mmg unik. Aku tertarik dgn kuku yang ada pada dia.. MAk ai... Memang tajam..Sekali sentuh je, boleh berdarah..betapa tajamnya.....Watak yg dibawakan oleh Hugh Jackman ni mmg cukup berkesan dlm 2 muvie x-men yang mana kita dpt lihat skill fighting wolverine dgn gaya lakonan yg mengkagumkan...

konsep cerita nih tentang cinta, permusuhan dan pengorbanan dan apa yang bestnya story ni berlaku sebelum wolverine masuk dalam Weapon X program. Dalam cerita ni nanti korg akan dpt lihat bagaimana wolverine membalas dendam atas kematian girl dier ditangan Sabretooth aka victor creed....

Movie ni memang Besh!!!! Kepada yg memang minat citer X-men, Cerita ni memang sangat besh dan excited utk di tgk. Korang boleh tau laa asal usul wolverine dan citer mutan2 yg lain. Yg memang tu, aku suka tengok aksi seorang wanita yg mempunyai kuasa yg memang ajaib..Badan dia disaluti Belian la....Teruja siot...Kalo laa aku jadi cam tu, leh jadi jutawan..khiakaka...berangana....

So, Korang Kena la g tengok Cite ni.. Memang korang x rugi tau.....Minggu depan mungkin aku nk g tengok Nite at Museum 2... Arini dah realease movie tu... Aku akan curi masa utk g tengok..khikhkhi.....

Tunggu yerr....


Rabu, 29 April 2009

MOVIE : BOHSIA - JANGAN PILIH JALAN HITAM

Ahad lepas, aku xde wat apa kat umah, boy² aku ajak teman dia g masukkan duit utk mak ayah dia..So lepas je g masuk kan duit.aku ngan dia g tengok wayang..hahaha...xde ide nk tengok movie apa,aku wat pilihan utk tengok Movie tebaru BOHSIA : JANGAN PILIH JALAN HITAM



Kalau Dengar dari tajuk sahaja sudah boleh mengegarkan panggung.. Cerita arahan pengarah muda Syamsul Yusof dengan kerjasama Skop Production Sdn. Bhd. dan Grand Brilliance Sdn. Bhd ini menampilkan Nabila(Tasha), Syamsul Yusof(Muz), Salina Saibi(Amy), Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Diana Danielle dan ramai lagi....



Antara Watak² yg menjadi serta menaikkan filem ni:


Watak Nabila sbg Tasha dalam filem kali ni,memang menjadilah.Gaya seorang bohsia yg di halau oleh org tuanya begitu dijiwa nya.Memang masuk la watak tu dgn nabila.ala² gedik & manja² tu membuatkan watak tu power.Time dia menjd penagih dadah dan di rogol beramai² dgn mat² rempit tu.HUH!!! POWER SIOT..Ada ke Pelakon wanita lain sanggup Memegang watak serupa ni??Waktu Tasha bergaduh dgn syamsul yg memegang watak Muz. Mak ai!! pakai tuala berkemban jer tau..Aku rasa cam dah nk terlucut tau tuala tu..Nabila ni memang seksi dan menghairah kan tau dalam filem ni.


Salina Yg memegang watak Amy dalam file ni ,hebat gak.Minah rempit yg di rogol oleh ayahnya sendiri waktu zaman sekolah.membuatkan dia berperangai sebigini.

Aksi² Mat rempit dengan motor² ....Memang gempak.ada ala² wekang, dan macam² la..yg paling best, masuk kena kerja ngan polis.SEmpat tu diorang lari..Aku kat dalam panggung tu, xleh tengok tau asyik macam tu.Gerun tau!!Ganas laaa mat² rempit ni......



So korang laa g tengok Filem ni. Support la FILEM MALAYSIA. Bagi Aku, SYAMSUL ni memang berbakat walaupun masih muda.


Isnin, 13 April 2009

MOVIE: JANGAN TEGUR





Weekend program..

Kebiasaannya hari Ahad,lebih prefer untuk duduk dekat rumah. Ntah apa minta adik ngan bf dia ajak g tengok movie.Memang dah lama aku ngan bf x kuar sesama .apatah lagu mau tengok movie..

Pagi² lagi, kat sini ujan lebat. Dari pagi sampai tengahari.Ujan turun x henti²..aku igtkan diorang dah cancel program nk g tengok wayang ni.hahaha..
Rupa² nya andaianya aku merosok.diorang still nk g gak.huh..Nak x Nak kena la bersiap utk g tengok movie.

Adik aku nani,pilih lokasi.aku ikut jer.Diorang nak gak pergi PAVILION tu.Memang la kat sana ade GSC.Tp jalan nk g sana..MAk ai!! sesak beb.Aku amik keputusan utk g naik teksi je laa..

Sampai jer kat PAVILION, terus g tengok tiket.ermmm...Nasib baik ade member BF aku yg keja kat GSC tu... X payah nk beratur..hahha..akHirnya, dapat gak tiket.

Movie "JANGAN TEGUR"

Tayangan kul 5:30ptg.Kalo ikut dah lewat petang.Tp nk wat camner..hahha..Nak kena gak jaga hati orang tersayang..

JANGAN TEGUR ini, Sebuah Filem arahan Piere Andre dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang popular. (Almy Nadia, Ellie Suriati, Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Pierre Andre).

Jangan Tegur mengisahkan Natasya yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. dalam koma, dia telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri menyebabkan dia sering diganggu dengan mimpi aneh.Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama dan mampu melihat benda halus. Kejadian itu menambah kerungsingan suami Natasya, Kamal yang tidak mempercayai benda-benda ghaib sehinggalah dia melihatnya sendiri pelbagai kejadian menggerunkan.






Antara slot² dalam movie JANGAN TEGUR.

Aku rasa kali ini , Filem ni bole di katakan Seram la gak..apa yang menarik perhatian semua yg menonton,aku rasa sounds effect dia..Kuat gila.Memang menggerukan.Kalo Nak tengokkan berdasarkan cerita,xder la seram pun.Mungkin Sound yg digunakan menarik Penonton utk melihat movie ni..

Ranting Bintang:

Tentang FILEM : 4/5 Bintang. (Seramnya Nak sama dengan cerita seram lain)

Tentang PELAKON: 5/5 Bintang utk Nadia yg memegang watak BAIZURA.Memang REAL laa beb!!Caya la sama lu..

Tentang Effect: 5/5 Bintang.Memang sound dia POWER.Buat terkejut org je..


Sape yg blum pergi tengok movie ni..Dipersilakan la..Support la skit FILEM Malaysia. Jangan Sampai TEkencing lak nanti..KHIKHI....


TERima KAsih.