BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label TIP KESIHATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP KESIHATAN. Papar semua catatan

Rabu, 7 Oktober 2009

KESIHATAN: SENGUGUT


FAKTA DARI : PORTAL ALAM HAMIL


Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.



Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.

Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.

Rabu, 19 Ogos 2009

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

INFO dari JABATAN KESIHATAN MALAYSIA


Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Khamis, 16 Julai 2009

SAKIT KEPALA



Balik jer opis semalam..Aku layan internet sekejap..Tertiba kepala aku pusing & berdenyut² sakitnya....Sakit teramat sangat sampaikan nk mandi pun malas...Paksakan diri pun utk bersihkan diri..Lepas jer makan makan, aku telan ubat tahan sakit.Kononnya leh lega..Tp, hampa..makin berdenyut..Aku rasa, xpernah sakit kepala seteruk ni....


Aku paksakan diri utk tido..Dengan harapan,bolehlah legakan sakit kepala aku ni..Dapat lelapkan mata 1jam lebih jer..Bila terjaga, kepala aku masih berdenyut..Memang x tahan..hanya tuhan je yg tau betapa sakitnya..Aku minta tolong mama aku utk picitkan kepala..Aku dah xtau malu..Menangis sekuat² hati..Memang sakit doh!!!

Agak lega sedikit kepala ni..aku lena kembali..dalam kul 12 aku terjaga balik..Sakit yg teramat sgt.Aku telan lagi ubat..memang sakit..Apa dah jadi ni..nk g klinik dah lewat ni..Hanya dengan menangis jer mungkin leh legakan skit sakit kepala ni...

Pagi ni agak lega skit..Tapi, rasa denyut² tu masih ada..Aku kena datang opis gak pagi ni..Apa punca sakit Kepala ni sebenarnya?Aku x pernah rasa sakit kepala macam ni..


Info Sakit Kepala


Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.

Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.


PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.


PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA

  • Berehat seketika dengan berbaring.
  • Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam
  • Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
  • Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
  • Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
  • Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.
  • Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

info : http://www.infosihat.gov.my

Isnin, 22 Jun 2009

Sepanjang Hari di Jabatan Kesihatan

18 JUN 2009 : Aku terpilih utk menyertai KURSUS PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS DALAM SETIAP RUMAH ( 1ST Aider In Every Home). Program bermula jam 8:30 pagi di Klinik kesihatan Cheras..

Objektif program ini diadakan adalah melatih sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga dalam setiap rumah yang dapat mengendalikan pertolongan cemas malah peserta akan dapat pengetahuan mengenai pertolongan cemas..Selain itu dapat bertindak dengan betul ketika menghadapi situasi kecemasan di persekitaran rumah dan dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kes morbiditi da mortaliti dari berlaku.

Aku di beri kefahaman mengnai fungsu sebenar Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia...Maknanya, bukan mudah utk mengendalikan pesakit dalam kecemasan ....Antara yg aku dapat belajar ialah
  • Renjatan & Keracunan yg dikendalikan oleh Puan Aini
  • Teori Terbakar & Melecur ( perkara yg kerap berlaku di rumah)
  • Patah & Tercekik yang dikendalikan oleh Puan Manjut Kaur.(amat excited mendengar)
  • Praktikal Patah & Tercekik.
  • Pemulihan Jantung & Pernafasan CPR
Sehari suntuk aku berada di sana.Banyak ilmu aku telah dapat dan dipelajari. Ucapan Ribuan Terima Kasih Kepada Jabatan Kesihatan DBKL dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Gambar sekitar kursus berlangsung:

kecederaan yg melibatan anggota kepala

berpeluang mengendali persakit yang tecekik

cara menggunakan kain anduh utk membalut tangan yg patah sebelum di bawa ke hospital

Kecederan yg melibatkan kaki.

cara² membalut luka tercucuk benda tajam


CPR


Akhirnya, saya lulus dalam kursus kali ini..Sy telah diiktiraf..Sijil ini milik aku.......



Utk maklumat: Org umum berperluang utk mengikuti Kursus ini secara PERCUMA. Layari Laman web rasmi DBKL di http://www.dbkl.gov.my





Khamis, 21 Mei 2009

EXERCISE : RPM CLASS


RPM CLASS ( Cycling SPEED)




Lepas Opis jer, Cam biasa la..Misi Harus Diteruskan...Aku sampai lewat skit.Sebbnya perut ni rasa lapar.So, aku singgah makan kat Restaurant DULANG area KG BARU.Bila Dah kenyang, baru la semangat nk wat exercise.

Class RPM start kul 6:30ptg. Agak kelam kabut la skit..yg aku execited nk masuk class ni,arini konduktor nya WANDY. Tapi malangnya, dia xde arini..So class tu digantikan dengan WAN.

Menggila Laaa ptg tu..Aku masuk 2 class skali. Class RPM 1st 6:30ptg sampai 7:30ptg. Lepas tu rest 15 min, ada sorang kakak tu, ajak aku masuk class RPM lagi. So aku pegi laa..
7:45ptg aku masuk balik...

Memang tahap CIpan punya penat..Peluh X ingat DUNIA.. LENJUN..Macam Mandi laa... Peluh tu x igtnya bau..hehehheheee....

Aku dapat memecahkan rekod... Hampir 1000 kalori telah di Bakar kan.... Tersenyum lebar laa aku arini....

Aku nk nk teruskan lagi Misi ni...Agak² boleh turun ke lagi badan aku...Taget aku nk cecah berat badan ideal 55kg..Khakaha......



Rabu, 22 April 2009

EXERCISE + MEMPERTAHANKAN DIRI





Badan Dah mula rasa sakit².Bukan 1st time gi. Tp, badan sakit terlampau. Tersalah Exercise ke aku ni???xmungkin laa bukan xpenah wat,cuma jarang² jer datang..khkhikhi...
Apa² MISI perlu diteruskan..Usaha utk mendapatkan body shape yg cantik serta dapat menurunkan berat badan.Lepas jer keja, aku terus g Pusat Gym yg popular kat KLCC tu..khikhkikhi...

Macam biasa, aku g naik LRT STAR,tukar Stesen then naik lak PUTRA LRT utk ke KLCC.Sampai jer sana, kakak kesayangan aku dah pun berada kat tempat biasa...Arini tersampai awal lak.dok terpikir².. Samada nk masuk RPM CHALLENGER(Berbasikal) ataupun BodyCOMBAT(ala² kickboxing).

Nak Menunggu Pukul 6:35ptg,aku wat Workout Biasa.Dapat la burn kalori ni dalam 100kalori..khkhikhi..Sebenarnya xlarat. kang badan sakit²...So, aku xnak wat exercise berat²..So aku ngan kakak aku pilih nk masuk BodyCOMBAT.

BodyCOMBAT ni exercise utk pertahanan diri..Class Best tau..ada lompat²,tumbuk²,sepak² dan Karate, Muay Tai, Tai Chi, Kickboxing and Tae Kwan Do dan mcm² lagi..
Korang mesti excited tau nk join tau...



Selasa, 21 April 2009

FIX KAN LAGI BADAN AKU NI?

LAKUKAN SENAMAN UNTUK KESIHATAN YANG SIHAT & SEJAHTERA

Lepas je abis time keja,aku terus g GYM.Perut lapar sebenarnya..tapi kena gak tahan..sebb nk mula exercise.khihikhii...sebgai alas perut,aku makan la roti skit.sekurang-kurangnya badan aku x der la lemah sgt masa exercise ....
6.35pm aku start class BodyPUMP.Ni kira group classes. Dalam class ni, memang ramai yg join. Badan diorang semua power laaa.Class ni La,yg membuatkan Body kita ade shape bg wanita macam aku ni..Kalo laa aku rajin masuk class ni, conform² berat badan aku akan turun dan ade la shape utk body aku..khkhikhimki


BodyPUMP program
Ni laa Class yg aku join Setiap ari ISNIN


Kebetulan arini class BodyPUMP hanya 45minit jer..argh...Lega rasanya...Arini aku cuma dapat angkat 5kg jer..mungkin sebb aku x makan kut tengahari tu..Abis jer class BodyPUMP, aku masuk lak BodyBALANCE.
BodyBALANCE ni ala² yoga, Tai Chi, Pilates...Kalo korang nk rasa Segar,Relax kan minda,korang mesti masuk kelas ni..Boleh Hilangkan Tension² tau...

BodyBALANCE CLASS