BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 20 Ogos 2009

KERANA SEHELAI BULU MATA

KERANA SEHELAI BULU MATA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."


"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."


PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL....... .....
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Rabu, 19 Ogos 2009

Majlis Reunion Assuntarian(YEAR 1999-2003) sempena Berbuka Puasa 2009

Majlis Reunion Assuntarian(YEAR 1999-2003) sempena Berbuka Puasa 2009


Saya mewakili Assuntarian berbesar hati menjemput semua untuk menghadirkan diri ke majlis itu nanti.


Lokasi : Restaurant Nelayan, Titiwangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 12 September 2009 ( 22 Ramadhan 1430)
Hari : SabtuMasa : 5ptg.
Bayaran : RM 40 Seorang( gift istimewa utk anda yang hadir)

Sila Maklumkan Kehadiran anda secepat mungkin. Bayaran boleh dibuat melalui Cash Deposit CIMB.
No acc CIMB: 14220068089526.
Nama: Noruladlin Binti Alawi.
Sila inform melalui sms ke num 017-3429895 apabila selesai pembayaran.Sila bawa Salinan banking sewaktu hadir sebagai bukti pembayaran.
Ini bagi mengelakkan kesulitan tempat duduk yang agak terhad nanti.

Sebarang Masalah/maklumat boleh terus berhubung dengan:
Adlin :017-3429895(ym:mrsme_69)
Fasya :012-6875209
elis :
Zura :
Petai :0173387581

Majlis ini bertemakan "Back To School". Pakaian mestilah berwarna 'Biru' atau 'COklat'.

Nota kaki:
  • Sila buat bayaran secepat yang mungkin.
  • Di minta hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan jalanraya & tempat letak kereta yang agak terhad
  • Ada Hadiah istimewa utk mereka yang mengikut tema.

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)

INFO dari JABATAN KESIHATAN MALAYSIA


Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Selasa, 18 Ogos 2009

CINTA


"LUrVe iS ThE MaStEr kEy Of LifE"


"JaUh aDaLaH rUaNg yAnG MeMiSaH...
JaUh mEmBuAtKaN DuA JiWa tErPiSaH....
JaUh mEnJaDiKaN hAtI ReSaH...
JaUh mElAhIrkAn rInDu yG TaK SuDaH....
NaMuN KeRaNa jAuH HuBuNgAn kItA BeRtAmBaH InDaH..."


Peace!!! (^-^)

Jumaat, 14 Ogos 2009

Takziah buat Keluarga Allahyarham Ustaz Asri

Asri Rabbani meninggal dunia

Utusan online

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 pagi selepas tidak sedarkan diri di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri hari ini.

Allahyarham bersama kumpulannya sepatutnya menyanyikan lagu tema sempena pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan RTM.

Allahyarham yang mesra dipanggil Ustaz Asri rebah kira-kira pukul 10 pagi ketika membuat latihan nyanyian lagu tema tersebut bersama anggota Rabbani lalu dikejarkan ke Hospital Pantai, Bangsar sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham dikebumikan malam tadi selepas Maghrib di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibunya, Rubiah Ehsan, 70-an di Jalan Ikan Kelisa, Kampung Bukit Lanchong untuk disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, serta enam anak iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd. Fathi, 14; Nur Afikah, 12; Mohd. Ilham, 10; Sufiyah Munawarh, 6 dan Hamdi Rabbani, 4.

Menurut isterinya yang juga dikenali sebagai Noor Janah, dia dan anak-anak serta keluarga reda dengan pemergian Allahyarham meskipun berat di hati menerima takdir tersebut.

Menceritakan detik-detik sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Noor Janah berkata, malam tadi, Allahyarham mengajaknya makan malam berdua di luar.

''Allahyarham menyuruh saya memesan apa sahaja makanan yang saya mahu. Pulang sahaja ke rumah, kami terus menonton televisyen berdua.

''Pagi ini, dia mengadu pening kepala dan badannya berpeluh-peluh. Tetapi, dia gagahkan juga ke pejabat.

''Sebelum dia ke RTM untuk rakaman program Syahadah, saya sempat melihat wajahnya, salam dan cium tangannya. Cuma saya tidak sempat untuk memeluknya dengan erat seperti kebiasaan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Haliza memberitahu, soal dirinya dan anak-anak selepas ini, dia bersyukur kerana semuanya telah terlatih untuk hidup berdikari.

''Allahyarham banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dakwah dan nasyid.

''Tahun ini, dua anak kami akan menjalani peperiksaan penting iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Insya-Allah kami akan tabah jalani hidup selepas ini," jelasnya.

Sementara itu, seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Ubaidullah ketika ditemui memberitahu, sebelum memulakan latihan, Allahyarham batuk dan wajahnya pucat.

''Bagi meredakan batuk, Allahyarham sempat minum air limau dan madu. Bagaimanapun, Allahyarham muntah-muntah sebelum bertolak ke Angkasapuri.

''Walaupun kurang sihat, Allahyarham tetap mahu meneruskan latihan,'' katanya ketika ditemui di Hospital Pantai.

Selain anggota Rabbani, pekarangan Hospital Pantai dipenuhi hampir 100 kenalan dan keluarga terdekat Allahyarham termasuk Nash, Yasin Sulaiman, Amy Search, Mas Omar, Nazrey Johani, Ramli MS, Ali Mamak, Hafiz Hamidun, Ina Naim dan suaminya, Suhaimi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya yang ditemui di Hospital Pantai memberitahu, ketika kejadian, dia melihat pelbagai usaha telah dilakukan oleh anggota Rabbani bagi menyelamatkan Allahyarham.

Katanya, biarpun keadaan cemas, pelancaran program Syahadah tetap diteruskan.

''Secara peribadi, saya sifatkan ini sebagai satu kehilangan besar buat industri nasyid kontemporari. Memang sukar mencari bakat sepertinya,'' kata Ibrahim.

Asri yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor memulakan penglibatan bersama kumpulan Rabbani pada 1 Mac 1997. Sebelum Rabbani, kumpulan tersebut dikenali sebagai kumpulan Nada Murni.

Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, Rabbani telah menghasilkan sebanyak 19 buah album termasuk ARAH (1998), Muhammad Ya Habibi (1999), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Iqrar - 1421 (2001), Yalla Beena (2004) dan Nostalgia Nada Murni (2008).

Bersama Rabbani, pelbagai kejayaan diperoleh oleh Allahyarham antaranya memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 bagi kategori Album Nasyid Terbaik, Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album, Album Terbaik 2001 kesemuanya menerusi album Iqrar - 1421.

Menerusi AIM juga, Rabbani pernah memenangi Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) serta Lagu Nasyid terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Rabbani juga pernah memenangi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali di Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian.

Isnin, 10 Ogos 2009

MOVIE 2009 : SETEM

Pelakon Utama :Rashidi Ishak,Bront Palarae,Vanidah Imran,Que Haidar,Afdlin Shauki

Direktor: Khabir Bhatia

khabir bhatia? Dia seorang pengarah yg makin popular wat masa sekarang.Kalo x silap aku lah Filem² dia sepert CINTA, LOVE, SEPi?

FILEM pengarah Terkenal ni byk melibatkan perasaan seseorang manusia itu sendiri dah mainan music yg memang menyentuh perasaaan.

Filem Setem mengisahkan sekeping setem custom made yg dipanggil ‘Barring Setem’. Setem ni dibuat oleh gabenor melaka taun 1847 iaitu Lord Arthur Barring.

Masa berlalu, smpai la ke taun 2008… penyambung warisan Authur, Charles Barring IV buat kenyataan akhbar kt A’Famosa n buat pameran brg2 warisan keluarga dia. Nak di jadi kan cerita cucu Authur amik semula n simpan setem yg kene buang tu. Since setem tu sangat bernilai, so ramai la yg plan nk curik setem tu.Antaranya ialah Sid & Joe, yg dipaksa oleh pak ramli sbb terhutang budi, ketua kumpulan ah long bernama Piranha Lim, dan Vellu, driver pengawal keselamatan yg akan bwk setem tu. Diorang ni semua nk kaya cepat...

So, apa yg aku dapat dalam movie kali ni, Bukan mudah utk kita jadi kaya tanpa USaha..So, kalo korang nk duit.Kena la kERJA..Bukan MENCURI..

khikhikhi...


Aku bagi 4 bintang utk SETEM ni.

Menarik:

  • Ikan pirahna yg dibela along..
  • org buta yg dilakon oleh Que.Xsangka org buta leh bawak kereta..khikhihi...
  • PTI yg memng penakut.dah tau takut xder permit.xyah laa datang Malaysia.
  • Kasih sayang antara Vee ngan adiknya Que serta Vellu dan abgnya Sathia.
  • Filem ni melibatkan pelbagai kaum.Memang 1 MALAYSIA
Xberapa Best:
  • Mula cerita gak bosan.. Setem pun nk rebut!!
  • xsesuai Shani pakai baju camtu....eeee....

Khamis, 6 Ogos 2009

JAWATAN KOSONG :: TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh Iklan Disiarkan: 3 Ogos 2009

Permohonan untuk jawatan dalam perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut :

A. JAWATAN YANG DITAWARKAN

1.ARTIS BUDAYA (JURULATIH) GRED B27 (KONTRAK)
2.ARTIS BUDAYA (KOREOGRAFER) GRED B31 (KONTRAK)
3.ARTIS BUDAYA (PENARI) GRED B17 (KONTRAK)

Layari Laman web rasmi DBKL http://www.dbkl.gov.my

nota kaki: Maaflah lambat update

Selasa, 4 Ogos 2009

PROMOSI SERUNDING DAGING utk RAMADHAN

Promosi Serunding Daging

Ramadhan Bakal tiba. Sempena dgn Ramadhan yang mulia ini. Blog aku ni Menawarkan Promosi Serunding Daging dari Kelantan. Daging Fresh .Rasanya enak Sekali.


Harga Promosi

1kg Serunding Daging = RM 45

250gram Serunding Daging= RM 12


Utk sesiapa yang berminat bole terus sms/Call saya di 017-3429895(ADLIN)


Kalo korang nk rasa dulu, Bolehlah datang ke opis saya di Jalan Raja Laut.

Mama yang dok mengacau serunding

penat tengok nenek ni..Ciann dia


Antara Stok yang masih ada.

Isnin, 3 Ogos 2009

SELAMAT ULANGTAHUN ABAH SAYANG

25 Julai lepas merupakan birthday abah yang 54tahun...disebabkan tarikh tu aku otw ke kelantan,sempat gak lak anak buah aku beli kek utk atuknya...kebetulan lak, abah x berapa sihat.Mungkin beralh thn kut..khikhkhi...Tp, bila lihat cucu2 kesayangan dia datang umah..Hilanglah rasa demam abah tu....
Insyallah..aku akan celebarate ramai2 dengan family aku..Tp x tau bila..Masa tidak mengizinkan...
HaPPy BirthdaY My ABAH sayang ALAWI HUSSIN

Happy Birthday My Mama Sayang



2 August 2009 ..my mama besday..yang ke 55th thn..Sweet 55..Nothing Special for my mom..Aku just bagi adiah Handbag utk dia..khikhikhi...Maklumlah..baru balik dari bercuti..So banyak la duit dah guna...


Adik bongsu aku wat surprise utk mama..Yayyaa....dia tukarkan kek dgn PIZZA..memang best...Mama aku happy laa malam tu....


HaPPy BirthDAY My MAMA sayaNG WAN ZAINAB