Nak jadikan Cerita , Kemungkinan Blog ku akan Bersawangg.... Kalo ada masa terluang..aku akan cuba online di Sana....
Jumaat, 24 Julai 2009
My Blog akan BerSawang
Nak jadikan Cerita , Kemungkinan Blog ku akan Bersawangg.... Kalo ada masa terluang..aku akan cuba online di Sana....
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 3:13:00 PTG 0 ulasan
Khamis, 23 Julai 2009
Yasmin Ahmad pengsan ketika bentang kertas kerja
Yasmin Ahmad pengsan ketika bentang kertas kerja
PETALING JAYA 23 Julai - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad pengsan selepas rebah ketika membentangkan kertas kerja di TV3 Sri Pentas di sini sebentar tadi.
Yasmin kemudiannya menerima rawatan di Pusat Pakar Perubatan Damansara. - Utusan
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 4:50:00 PTG 0 ulasan
Label: artis
Selasa, 21 Julai 2009
SURPRISE BIRTHDAY PARTY UTK ADIK
Hujung² bulan ni...duit aku agak kering..Tp, antara bulan JULY & OGOS..memang meriah dengan birthday family...Bermula dengan KAKNOR, now adik Bongsu aku...LEPAS ni abah ngan mama aku lak..khikhikhi......
Cake made in Sogo
antara menu yang ada
Surprise memang x jangka..Mama aku minta belikan kek utk makan malam...huhuhu....kebetulan Nanie ngan BF kesayangannya sponsor KFC...memang x sangka..banyak lak menu..mama dengan kuih karipap...
Surprise!!!
Kami plan, supaya ATAN merangkap bf adik utk bawak adik kuar pukul 8 malam..Senang sikit utk siapkan hidangan..Kami jemput 2-3 org tetamu bagi memeriahkan lagi surprise party ni....
Adik ngan Atan
adik & My lovely mama
Aku ngan ADik
HAPPY BIRTHDAY ADIK YANG KE 20TH......
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 10:01:00 PG 0 ulasan
Label: BIRTHDAY, KELUARGA, SURPRISE BIRTHDAY
Ahad, 19 Julai 2009
SPORT DAY KPDN PUTRAJAYA
SPORT DAY NASYRAH
Baru 3 bulan berada di TASKA. Abang & Adik dapat merasa Hari SUKAN..Excited sungguh dia pagi tu untuk SPORT DAY NASYRAH KPDN Putrajaya....
dalam kereta otw ke Stadium
AKu berpeluang bersama mereka...Kelakar sungguh lah melayan karenah mereka...Dari rumah, abang & adik sungguh beria² utk ke Stadium Sukan Bangi..Tp, bila sampai jer sana..Muka semua cam takut...Kelakar arrr diorang ni..Penakut gak abang ni...Abg aiqal berlari² xmao masuk padang..Ibu plak , kejar mengejar di tengah² padang.. 1 stadium menyaksikan drama antara ibu dan anak..
dah muka monyok + gemuruh abang aiqal ni
Jom kita tengok aksi abang & adik beraksi di SPORT DAY KPDN PUTRAJAYA...
Abang Ipar , Awish & KakNor
aksi drama tengah padang..Kelakar seh!!!
dalam perbarisan..abang tetap dengan gaya menangis..Kesian CikLin tengok..khkhikhi..
Kali ini, aksi adik lak di padang dengan acara sukan dia..hahhaha...
Adik menangis ..ramai sgt org kut!!
Acara Sukan yg disertai oleh abg plak kali ini Music Chair & bawa Bola PingPong dalam Sudu..
Keluarga Vitagen
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 11:20:00 PTG 0 ulasan
Label: KELUARGA
Khamis, 16 Julai 2009
SAKIT KEPALA
Balik jer opis semalam..Aku layan internet sekejap..Tertiba kepala aku pusing & berdenyut² sakitnya....Sakit teramat sangat sampaikan nk mandi pun malas...Paksakan diri pun utk bersihkan diri..Lepas jer makan makan, aku telan ubat tahan sakit.Kononnya leh lega..Tp, hampa..makin berdenyut..Aku rasa, xpernah sakit kepala seteruk ni....
Aku paksakan diri utk tido..Dengan harapan,bolehlah legakan sakit kepala aku ni..Dapat lelapkan mata 1jam lebih jer..Bila terjaga, kepala aku masih berdenyut..Memang x tahan..hanya tuhan je yg tau betapa sakitnya..Aku minta tolong mama aku utk picitkan kepala..Aku dah xtau malu..Menangis sekuat² hati..Memang sakit doh!!!
Agak lega sedikit kepala ni..aku lena kembali..dalam kul 12 aku terjaga balik..Sakit yg teramat sgt.Aku telan lagi ubat..memang sakit..Apa dah jadi ni..nk g klinik dah lewat ni..Hanya dengan menangis jer mungkin leh legakan skit sakit kepala ni...
Pagi ni agak lega skit..Tapi, rasa denyut² tu masih ada..Aku kena datang opis gak pagi ni..Apa punca sakit Kepala ni sebenarnya?Aku x pernah rasa sakit kepala macam ni..
Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.
Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.
PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA
Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.
Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.
Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.
Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.
PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA
- Berehat seketika dengan berbaring.
- Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam
- Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
- Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
- Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
- Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.
- Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.
info : http://www.infosihat.gov.my
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 9:35:00 PG 0 ulasan
Label: TIP KESIHATAN
Isnin, 13 Julai 2009
Telatah Anak Buah Aku di Rumah Sentul
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 10:31:00 PTG 0 ulasan
Label: KELUARGA
Ahad, 12 Julai 2009
My NEW Hair. I cut My Hair!!
See.. rambut belakang..Pendek x?waaa.....Chantek ke?
I lost my long Hair..Now, aku berambut pendek...Si dia blum tau yg aku potong rambut.huhhuhu......Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 2:55:00 PTG 0 ulasan
Happy Birthday My Sista KakNor
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 2:30:00 PTG 0 ulasan
Label: BIRTHDAY, KELUARGA, SURPRISE BIRTHDAY
Isnin, 6 Julai 2009
GELAGAT ANAK BUAH KUH
Anak buah pertama aku.. dia dah baru nk masuk 4tahun..kalo x silap aku bulan sembilan ni..Dia panggil aku CIkLIN...Cerdik, banyak mulut, mata sepet ..yg paling geram ngan dia ni, kalo dah berjanji ngan dia kite kena tunaikan.kalo x, dia akan mintak sampai laa dapat....
BARU je masuk DUA tahun.. anak ke 2 kakak aku.. Pemalu orang nya..Tapi nakal tu tetap ada..Awish ni, manja sesangat.. umi ngan atuk laa yg kuat melayan dak ucuk sorang ni...Awish ni ada 1 masalah, air liur meleleh..Kekadang dia sendiri pun malu kalo aku ajuk dia..Ntah apa la yg kakak aku kempunan masa nk bersalinkan dia ni...
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 11:08:00 PTG 0 ulasan
Label: KELUARGA
Ahad, 5 Julai 2009
REUNION yg TAK di RANCANG
Buat pertama kalinya aku naik Komuter..dah lama aku xnaik.bukan apa..aku takut..ramaii sangat warga asing...dah laa aku sorang..aku sampai agak lewat skit..Janji nk jumpa dalam kul 12.aku sampai kul 2..ok la tu..aku dok jauh..khikki.....
1st skali petai dah tunggu aku kat ktm mid ...dah laa panas gila...erm..perut lapar...zura ajak makan tepayakki..ramai gila lak kat situ..terus ubah fikiran, g makan Kat KENNY ROGERS..agak ramai ..tp, sebab dah lapar, kena laa tunggu turn...
Selesai je makan, fasya baru laa sampai ngan buah hati kesayangan dia..lambat tul minah ayu sorang ni..sepanjang borak² tu, memang x kering gusi dgn gelagat petai yg suka mengusik org..sampai batuk dibuatnya...Gilaa laa petai, perangai x berubah.....lepas jer fasya kenyang makan set quater meal tu..dia ajak semua g umah YAYA..dia baru dapat baby boy..
aku ikut jer arr..Yaya ni classmate aku dulu..xsangka dia kawin dulu..perangai yaya ni,cam kanak² rebina...sentiasa tersenyum jer..dalam diam jer dah ada husband ngan seorang anak..beruntung laa dia..
Menggila lama aku xjumpa diorang...hampir 10tahun siot x jumpa diorang..sejak family aku kena pindah ke KUALA LUMPUR dari PETALING JAYA.
Areyou...dia ni 1 geng ngan aku..sama² tomboy..hahhaa..tp, dia jer x berubah² lagi...mungkin blum sampai seru..Masa zaman skola dulu, org gelar dia PETAI...org dia kecik jer..tp, mulut dia cam bertih jagung...xhenti bercakap..pastu suka sakat aku...dia memang suka buli aku...GF dia dulu kini slamanya si ZIRA tu...ntah bila korang ni sangkut..dahla duduk 1 flat dulu kan..aku suka kawan dia.Dia memang xlupa kawan laa...aku x sabar nk tengok dia naik pelamin..hahaha..
(ayu, ko igt x kita kena tangkap ngan viji masa kita ponteng skola g umah kawan aimi tu..menggila kan..sape ek yg menangis takut viji call mak bapak kite..)hahhah..kelakar kan petai..
ZIRA.. kawan aku sorang ni..dulu masa dok flat MPPJ tu, aku ngan dia 1 flat..sesama g skola..tp, aku x 1 class ngan dia...dulu masa skola..orgnya kecik jer..Masa aku jumpa ni..MAK ai!! makin membesar bagai johan....byk betul cite dia..
ZURA.. Dia ni masa skola dulu, dikatakan kembar ZIRA..mane x nya...sesama pendek..xcukup tinggi..ayu jer g skola..pakai tudung sopan santun jer....dia sekarang dan makin maju..dah ada bisnes..dia kendalikan bisness keluarga...dah kaya siot..makan tengah hari kat kenny rogerss, dia lah yg belanja..thx yer zura..nanti turn aku lak blanja....
FASYA..Dia ni betul² berubah 100%..dia sama la ngan aku..Masa skola dulu, aku , dia, ayu,dayah, aimi ni ala² tomboy aka pengkid..aku tul² xsangka..sungguh ayu dia skang..cantik gila dia..Dia ada taget nk kawin lagi 3tahun..bgus tul cita² kawan aku sorang ni..
(sya, ko igt x, masa korang potong rambut aku kat dalam tandas masa kita ponteng class tu..Pastu cikgu displin pn habsah kejar kita..Abis tobek rambut aku..)hahaha..kenangan x leh lupa..
Dicatat oleh ADLIN ALAWI di 10:12:00 PTG 0 ulasan
Label: jalan-jalan Cari Makan, KENGKAWAN